Anda mula mencari info dari media-media tentang Islam.Di zaman canggih ini tidak susah untuk mencari maklumat tentang Islam.Baik yang bagus mahupun yang buruk.
Berhati-hati kerana begitu banyak pihak di zaman IT mempergunakan media untuk menyebarkan fitnah.AKu sarankan anda membaca dan mengkaji kesemuanya sekali.Tanya hati dan diri anda , apa benar maklumat yang anda baca tentang Islam itu.
Tanya kepada mereka yang pakar.Rujuk kepada institusi-institusi yang berwibawa tentang sesuatu perkara.Di zaman ini juga ramai ustaz-ustaz muda yang ahli di dalam bidang masing-masing yang bersedia menjawab pertanyaan anda tanpa prejudis.
Hal ini rasa nya tidak berlaku kepada saya dulu.Sekurang-kurang terhadap diri ini.
Menghadiri kelas-kelas agama dan ke PERKIM juga boleh memberi anda maklumat-maklumat yang di perlukan.AKu dapati dengan probahan iklim politik di negara ini telah banyak mempengaruhi institusi agama di dalam menjalankan dakwah tanpa condong kepada mana-mana doktrin politik.Walau tidak semua berkelakuan begitu.S
ebagai manusia yang berakal AKu cadangkan anda gunakan logik akal dan perasaan hati dalam membuat pertimbangan.
Logik akal menentukan hal-hal yang bersifat zahir dan nampak oleh mata kepala (..err...mata yang di kepala ).Ini penting untuk pertimbangan yang rasional.
Guna matahati anda dari kurniaan ALLAH (swt) di dalam merasa kehadiran NUR ILLAHI dalam penentuan logik akal anda.
Denganhati yang bersih anda akan dapat membuat penialaian yang benar,mantap dan hakiki .Sehingga ia boleh mempengaruhi logik akal.
Keliru? Anda akan tau jawapan nya nanti...Berusahala....
Dari pengalaman AKu .Banyak keputusan anda akan di buat dari sudut pandangan matahati .Di tahap ini perjalanan anda sudah mungkin bertembung dengan sesuatu yang tidak lagi dapat di tafsir oleh logik akal.
Ia memerlukan panduan hati yang bersinar...sahabatKU...
Di tahap ini kelas-kelas agama hanya pengukuh keimanan anda.
Ia tidak lagi boleh menjawab pertanyaan keramat ini ' MUSLIM KAH AKU?'
Hanya anda dan Yang Maha Pencipta yang boleh menentukannya.Sekiranya anda sudah dapat merasakan keterbukaan untuk mendalami NUR ILLAHI...ALHAMDULLILAH anda sudah bersedia untuk menerima dan memikul tanggungjawab serta dugaan berat yang mendatang.
Jangan khawatir setiap dari kami, para Mualaf akan merasa dan melalui nya.Ini adalah hikmah kerana ia bakalan membentuk anda menjadi seorang Muslimin dan Muslimat yang terbaik dan tahan dugaan.
artikel berkaitan:
http://aku-mualaf.blogspot.com/2009/11/keinginan-memeluk-islambhg-1motif-anda.html
http://aku-mualaf.blogspot.com/2009/08/apakah-penilaian-orang-sekiranya-anda.html
KL oldest Lake Garden- Jalan Parlimen
-
Jalan Parlimen not only important to the nation as here is The Parliament
House located . It is also where a lake garden and a few parks located.
This is...
