Saturday, December 25, 2010

Kematian...Di takuti atau Di tunggu -tunggu?



Kematian ...di takuti atau di tunggu? Kenapa ada segelintir dari kita takut akan kematian dan ada pula meminta kematian.Ini terjadi setelah mereka merasakan kehidupan dunia yang  penuh kepahitan.
Topik ini sangat luas dan menjangkau norma pemikiran hamba ALLAH ( swt).Tapi aku cuba menyingkatkan sebagai satu pencetusan pemikiran di minda anda.Selebihnya , cari kah guru dan belajarlah bersungguh-sungguh.

Aku tidak bermaksud menakut-nakutkan anda tentang kematian .Kerana ia akan datang juga. Rasulullah (saw) pernah di tanya seorang Ansar "siapa kah manusia paling pintar & siapa pula yang paling cerdas otaknya?"  Jawab Baginda " Yang paling cerdas & paling pintar  ialah orang yang paling banyak mengingat-ingati mati  dan banyak sedia bekal untuk menghadapi mati"

Menurut Nabi (saw), orang yang paling banyak ingat mati dianggap pintar kerana orang itulah yang paling banyak membuat persediaan untuk mati sehingga dialah orang  yang mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat .Satu ingatan dari Rasulullah (saw) "Perbanyakanlah mengingati Hazimal Lazzaat iaitu MATI" Sabda Baginda lagi "Bila hati seorang sudah di masuki Nur  (cahaya iman), maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka."

Hmm...Anda mungkin tertanya . Jadi apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka?

Nabi menghuraikan  lagi "Ada perhatian nya terhadap kehidupan yang kekal di akhirat  nanti.Dan timbul kesedaran & pengertian terhadap tipu daya kehidupan dunia sekarang ini. Lalu bersedia-sedia menghadapi mati sebelum datang nya mati itu  sendiri" {Riwayat Ibnu Jarir}

Mengingati satu kejadian dahsyat yang bakal di tempuhi iaitu mati  adalah satu kesedaran dan satu pengertian tentang diri dan hidup ini. Melupakan mati menyebabkan roh seseorang yang  mati dalam kebingungan ,takut dan getir  selama-lamanya.Terus menerus sehingga hari kiamat ...Lama tu ! Ini kerana roh tidak pernah mempelajari hakikat kematian serta permasalahan kematian.

Saudara ku ...untuk menghindari nasib sedemikian.Ajaran Islam menganjurkan umat nya yang masih hidup .Jangan lupa mati  ( bukan jangan lupa lirik ..ya!) Belajar hakikat mati itu.Agar dapat menempah kematian denagn penuh kesedaran  dan pengertian total.Orang yang beriman akan mengahdapi kematiannya dengan penuh harapan serta punya pegangan akidah yang kuat .Walau takut , tapi tahu cara menghadapi nya. Bukan dengan putus asa.

Dengan demikian , mengingati kematian bukan untuk menyeksa dan menakutkan diri .Malah sebalik nya menambahkan keyakinan dan ketabahan jiwa untuk menghadaoi saat-saat yang akan datang .Yang sudah dipersetujui  dengan ALLAH (swt) ....KEMATIAN .....

RUJUKAN:
dari buku : HIDUP SESUDAH MATI  oleh Bey Ariffin.


kunjungi blog saya
http://flyers-306.blogspot.com/

facebook :
facebook.com/senarai.niaga

0 comments: