Pagi : 21 Mac 2010
Tempat : Masjid Kota Damansara
Selepas kuliah Subuh seperti biasa aku bersarapan di bawah khemah masjid bersama-sama jemaah lain.Aku bersama Ah Hong , guru tuisyen Biologi ke tingkat atas untuk persiapan kelasnya.
Selesai persiapan aku terus turun ke bawah melayani pertanyaan dari mereka yang datang berurusan dengan masjid.Aku dapat tahu ada jenazah akan di bawa ke masjid.Dia ibu seorang selebriti tempatan yang terkenal.Hmm...patutlah ramai model dan pelakon yang datang ke masjid.
Kursus Haji masih berjalan di dewan solat masjid. Aku dan siak masjid lagi menunggu jenazah selesai di mandi dan kafan.Jam 1130 , kursus haji selesai dan keranda jenazah di usung masuk ke dewan solat.Imam Fatah meminta hadirin bersama-sama solat jenazah
Usai solat ,jenazah di bawa keluar . Sampai di depan pintu utama masjid. Keranda di hentikan sebelum di bawa ke van.Ketua keluarga di minta memberi ucapan di halal apa-apa ke atas si mati. Kalau ada apa-apa hutang di minta menuntut ke waris . Kecuali di halalkan oleh yang masih hidup.Suasana sepi seketika apabila aktor itu menitiskan airmata nya sambil mengusap keranda ibunya.
Aku turut merasa inaf dan pilu apabila memikirkan kejadian ini.
**sesungguhnya itulah perjalanan terakhir si mati itu ke masjid.Kenapa kita yang masih hidup malas dan enggan ke masjid
**sesungguh nya itulah kali terakhir jemaah dan saudara si mati menziarahi dia.Kenapa sewaktu dia hidup ada yang enggan berziarah?
**Itu lah kali terakhir si mati akan bersama dengan keluarga tersayang.Selepas sanak saudara meninggalkan tanah perkuburan...Tinggallah dia bersendirian dan mendapat "jiran" baru.Yang belum tentu sama taraf dengan nya sewaktu hidup di dunia. Hanya AMAL IBADAH menjadi pengukur darjat mereka.
Apa kah AMAL JARIAH kita cukup untuk ini semua? RENUNGKAN....
0 comments:
Post a Comment