Thursday, April 22, 2010

MENANGANI MASALAH DI BUANG KELUARGA


Seperti mana yang anda ketahui masalah di buang keluarga adalah normal di kalangan para mualaf
Sekirany anda memeluk Islam.Jarang kita dengar yang keluarga akan menerima keputusan ini.Ada beberapa sebab mereka menentang niat suci kita.
TAKUT KEHILANGAN ANDA
~ ibu-bapa akan merasa terancam sekiranya anak mereka bernikah dengan orang asing. Maksud aku bukan dari suku anda.

MALU DENGAN MASYARAKAT /SAUDARA MEREKA
~Yang ini Aku sendiri hairan kenapa ada nya permasalahan seperi ini.Bertukar agama seperti melakukan jenayah buat mereka yang jahil.Kalau merokok dan meminum minuman keras sehingga mabuk.Itu bukan sesuatu yang memalukan pula.
Rasa nya ini cuma berlaku di negara kita yang kononnya bersatu-padu

MERASA TEHINA KERANA ANDA MENUKAR AGAMA LAIN
~Ini lagi satu masalah dengan masyarakat kita .Manusia secara am nya memuja atau mengakui kewujudan Tuhan.Setiap mereka membeza-bezakan Tuhan.Tanpa di ketahui kasih sayang ALLAH(swt) tidak pernah ada batas perbezaan.

MENJAGA NAMA KELUARGA
~konon nama keluarga akan terhapus kerana menukar agama.
** adakah Allah membedakan nama keluraga anda ketika penghisaban di Akhirat?

ISLAM = KOLOT = TERORIS?
~ini lagi tambah hairan.Ditambah kan dengan permainan media dalam dan luar negeri.

Cara-cara mengahadapi nya.
AKU tau tidak semudah yang akan di perkatakan.Aku sendiri sehingga kini masih tidak di benarkan pulang ke pangkuan keluarga.Hal Aku agak rumit.

Tapi ada cara atau tips yang di berikan kepada Aku dari mereka yang berpengalaman.

** Redha dengan apa yang mereka lakukan atau perkatakan.
**Jangan meminggirkan mereka. Terutama orang tua anda. Islam menglarang mereka yang memutuskan silaturahim.
**Sentiasa lah berkunjung ke rumah mereka .Namun berhati-hati dari segi pemakanan.Mereka mungkin akan mengungkit perbezaan anda. Baiklah tunjuk kan perbezaan dan kesucian agama Islam dengan cara yang mulia.
**Jika nyawa anda di ancam .Jangan memaksa diri dan menempah bahaya.
**Sekiranya anda memerlukan bantuan .Aku ada kenalan dari PERKIM.Mereka mempunyai kumpulan yang boleh membantu anda memjelaskan tujuan anda memeluk Islam.

Kesimpulan nya walau anda di halau dan di ancam. Jangan sekali-kali kita meminggir kan mereka. Walau tidak dapat mendekati mereka. Kita berdoa' agar mereka di beri hidayah .Walau tidak mengikut jejak kita. Biarlah mereka insaf dengan perbuatan mereka. Insya Allah

2 comments:

ieda said...

salam..nama sy ieda..sy mempunyai seorang kawan yg dlm prjalanan memeluk islam insyaallah...masalah yang membelenggu dirinya sekarang...mak dan ayahnya akn putuskan hubungan sebagai ank dan ibu,anak dan bapa...dlm masa yg sama dia takut menjadi anak derhaka kerana ibunya pernah mngugut jika dia memeluk islam juga..ibunya akn bunuh diri...die sering meluahkan pada sy...tambahan lagi dia merupakan ank ksygan keluarga..sy sering menasihati dia...tpi dlm situasi ini..apa harus dan patut sy lakukan..dia seperti trkapai2..

rushda hadzira said...

salam..sy ieda.sy mempunyai seorang kawan cina yg dlm proses mengenali islam..msalahnya mak dan ayah ny membantah sekerasnya jika dia brtindak memeluk islam..dia telah menyuarakan hasrat utk memeluk islam kpd keluargany..ibunya mengugut utk membunuh diri dan tidak mengaku sebagai anak lagi jika itu trjadi..dia dlm keadaan serba salah dan dilema..tambahan lagi dia merupakan harapan keluarga dan ank ksygn ibunya...apa harus sy lakukan..dia sgt takut mnjadi ank derhaka...sy cuba nasihat dia apa yg trmampu...apa lagi harus sy lakukan...sy tahu jauh disudut hatinya dia ingin memeluk islam