Tempoh hari aku di tanya apakah cara kematian seorang Muslim berbeza dengan Non Muslim.
Jawapan peribadi AKu :"TIADA BEZA,"Benarkah? Teruskan membacanya...
Dari pengalaman AKu menghadiri upacara pengkebumian orang tersayang .Dan setelah memeluk Islam.AKu berpeluang melihat jenazah2 orang Islam dan bukan Islam.AKu sering melihat riak wajah si mati.
Yang bukan Islam kelihatan hitam atau terkejut.Kenapa? (Bukan niat AKu untuk menghina si mati.Tapi ini hanya pemerhatian peribadi Aku)
Anda cari jawapan nya sendiri.Sebaliknya mayat orang Islam kebanyakan keliahatan tenang dan seperti sedang tidur.Kadang ia tersenyum senang.
Ketika menghadiri kursus ini .
AKu mendapati Islam menceritakan dengan teliti dan tepat.Tiada yang mistik atau hanya di ketahui orang-orang tertentu.
Kami di ajar ...
***bagaimana mengenal saat seseorang berada di dalam keadaan sakral ketika dia tenat.
***bagaimana mengenal saat seseorang berada di dalam keadaan sakral ketika dia tenat.
***bagaimana dalam keadaan sakral itu pesakit sedang bergelut dengan dua pihak Syaitan dan Malaikat.Hanya amal ibadah nya yang mampu menyelamatkan dia dari kesesatan
***tanda-tanda roh meninggalkan tubuh badan seseoarang.
***adat dan adab mengendalikan mayat,memandikan,mengambil wuduk dan mengkafankannya.Yang mana AKu rasa lebih bersih dan teratur dari cara kita mandi sehari-hari.
Masih teringat kata-kata Ustaz Fauza yang mengendalikan kursus ini
"Orang yang kita sayang hanya di pinjam sementara oleh Allah (swt)di dunia ini.Makanya kita harus redha dan mengembalikan dia kepada Nya sebaik mungkin "
Sebak dada mendengarnya.
Sewaktu sesi cara memandi,mengkafankan,menyembahyang jenazah di lakukan .Aku jadi insaf.Kerana sesungguhnya begini lah cara nya Aku akan di layan setelah meninggal dunia kelak.
Akhir kata ustaz tersebut." Kematian dan alam kubur adalah transit untuk perjalanan yang panjang buat kita.Sebelum di hisap di akhirat.Ianya ibarat sebuah perhentian sebelum kita berpindah ke Alam Barzakh.
Kesimpulan dari pertanyaan seorang sahabat kita ini
"Adakah beza cara kematian sorang Muslim dan Non Muslim"
Jawapan nya: TIADA BEZA.TETAP MATI.YANG BEZA IALAH SEORANG MUSLIM YANG SOLEH SUDAH MENGETAHUI BAGAIMANA MENGHADAPI SAAT KEMATIAN.DIA AKAN PERGI DENGAN TENANG .
MENINGGALKAN YANG TERSAYANG DAN HARTA DUNIA.SI MATI AKAN MEMBAWA HANYA KAIN DAN KAPAS DARI DUNIA.
DAN BEKAL AKHIRAT YANG MENJADI SAKSI UNTUK MERAIH HARTA AKHIRAT ADALAH...AMAL IBADAH"
Renungkan wahai sahabat ku
0 comments:
Post a Comment