Tarikh :16hb Februari 2010
Waktu : jam 0400
Tempat : Darul Syiffa, Bangi
Aku tiba di perkarangan Darul Syiffa,Bangi jam 0400.
Hajat ingin bertemu Tuan Guru Yang Berbahagia Dato' Harun Din.Ada sesuatu yang ingin AKu ketahui.Tapi bukan ini tujuan tulisan ini.
Apa yang ingin AKu perkatakan ialah tingkah laku kita sebagai seorang Islam yang seharus nya menunjukkan sikap disiplin.Terlebih lagi di kaca mata seorang bukan Muslim yang kebetulan berada di situ untuk mendapatkan rawatan.
Sewaktu AKu tiba,barisan sudah memanjang.Menurut seorang abang di situ Dato' Haron tidak ada pagi ini. Sedikit kecewa rasa di hati.Tapi AKu bercadang untuk tunggu giliran mengambil nombor juga.Mikir AKu alang-alang sudah sampai ke Bangi.Mungkin pembantu nya juga boleh menolong AKu.
Di belakang AKu ada seorang pemandu taksi berketurunan Sikh.Walau dia seorang Punjabi, namun AKu tetap memanggil nya "Aya" ( bermakna Ayah dalam Bahasa Tamil,AKu tak tahu Bahasa Punjabi...Tamil pun Tamil lah!) .Dia ikut berbaris menunggu giliran di belakang AKu.
Sambil bercerita,dia membawa anaknya yang mengidap gangguan mental.Sudah banyak duit nya di belanja untuk perawatansemua nya sia-sia belaka.Namun setelah berjumpa dengan Dato' Haron,anak nya menunjukkan perubahan. "Dato' punya treatment, first class!" Katanya.
Bangga bercampur syukur,AKu di buatnya.Dalam Dato' di cemuh segelintir umat Islam di negara ini.Ada juga yang bukan Muslim menghargai usaha beliau.Di luar barisan ada ramai juga yang berdiri menunggu,AKu berfikir mereka ini mungkin tunggu orang-orang yang dalam barisan untuk mendapatkan nombor.
Jam 0515 kaunter di buka.Keadaan menjadi kelam kabut.Rupa-rupa nya mereka yang menunggu di luar barisan adalah "golongan" yang tidak tahu beratur.Mereka terus berlari merebut nombor giliran."Aya" Punjabi yang di belakang AKu mula panas "Haloo..ini macam ka..orang sudah lama beratur.You orang potong Q"
Malu sebesar-besar malu nya AKu terhadap mereka ini...
Mari kita renungkan...
1) Tidak boleh kah kita menunjukkan sikap disiplin beratur dan tidak bertindak melulu serta memalukan umat.Jika anda tidak malu terhadap diri sendiri.Tolong bersikap bijak dan menjaga nama baik Darul Syiffa.Terlebih di depan orang bukan Islam.
2)Apabila seorang bukan Islam datang berubat.Dia ada hak sebagai manusia untuk mendapatkan rawatan.Kenapa anda yang beberapa kerat ini , yang bertudung memakai pakaian seorang Islam menempelak dia dengan kata-kata ini...
"Ohh...dia Ke***g,banyak Tuhan dia .Patut nya dia minta dengan Tuhan-tuhan dia...".
Dia mau berapa ribu Tuhan,itu urusan dia!Tanggungjawab kita menunjukkan kepada dia hanya 1 Tuhan yang wajib di sembah iaitu namanya ALLAH (SWT).
Bagaimana cara nya? Dengan menunjukkan aqidah dan tingkah yang mulia.Wahai anda yang menempelak orang Punjabi itu...sedarkah anda sebagai seorang Islam.Kita WAJIB melindungi bukan Islam.Bukan hanya hartanya sahaja .Tetapi nyawanya seperti mana kita melindungi seorang Muslim?
Malu dengan situasi ini dan rasa tidak selesa bersama manusia-manusia ini
AKu mengambil keputusan untuk beredar dari situ setelah solat Subuh.Usai solat AKu lihat 'aya" Punjabi itu juga meninggalkan tempat itu dengan keadaan kecewa...
Renungkan lah...wahai saudara ku
3 comments:
membaca tulisanmu kawan aku pun turut berasa malu.islam yg kita junjung dan meletakkan jua mengaku agama yg menyempurnakan adab sesama muslim dan makhluk lain tidak kira non muslim atau haiwan maka kita jua yg merendahkan.tp bukan agama itu sendiri sebaliknya akhlak kita.
Salam ziarah
salam smua ... sya sdih sgt dgn prkhabaran begini. sedihnya hati saya mengengkn prasaab hati Aya tu krna sy pn ada ank. ank2 klu skt gundah gulana ci ibu
Post a Comment