Setelah anda merasa yakin dan ingin mencuba mempraktikkan antara cara-cara hidup seorang Muslim di dalm kehidupan anda .Syukur... Ini bermakna anda sudah hampir menjadi seorang Muslim.Walaupun di akhir nanti anda tidak memeluk Islam .
Gaya hidup SEORANG MUSLIM ADALAH YANG TERBAIK.
Kenapa tidak menjadi seorang Muslim dan tiada sebab untuk tidak menjadi seorang Muslim.Tidak perlu susah hati untuk belajar solat dan mengetahui hukum-hukum agama pada peringkat ini.
Secara peribadi AKu berpendapat merobah gaya hidup anda adalah amat penting.Tapi jangan terlalu lama.Nanti tak kesampaian hajat untuk menjadi seorang Muslim.Rugi besar itu!
Ok , mari kita lihat...
(1)Mulakan dengan menjauhi makan-minum yang di haramkan oleh Islam.Cari kriteria-kriteria yang boleh mendatangkan haram di dalam Islam terhadap makanan dan minuman anda.Tidak hanya babi dan arak.
Makanan yang tidak bersih walau di sediakan oleh Muslim juga haram .Kerana ia mendatangkan bahaya kepada kesihatan.Fahami tuntutan-tuntutanp-tuntutan untuk menjadi seorang Muslim terdahulu sebelum mengikuti secara melulu .
(2) Merobah cara pakaian anda .kaji dan faham dan praktik apa yang di benarkan di dalam Islam tentang soal aurat dan pakaian anda. tidak kira anda lelaki atau perempuan.
(3) cuba lihat persekitaran anda.adakah anda perlu berpindah ke kejiranan yang hampir dengan masjid.
Cuba anda perhatikan di sini.Islam sangat mementingkan 3 perkara asas di dalam kehidupan manusia.MAKANAN, PAKAIAN DAN TEMPAT TINGGAL.Dengan menjaga ketiga-tiga elemen ini , Insya Allah AKu yakin anda hanya menunggu waktu untuk menyatakan keIslaman anda.
Pergaulan juga penting.Mulakan berkawan dengan mereka yang anda rasa boleh di percayai tentang pengetahuan agama Islam mereka.Apa yang penting anda perlu merasa selesa dengan kehidupan baru dan yakin serta untuk menghadapi mereka yang menentang anda.Kerana akidah anda.... renungkan ....
0 comments:
Post a Comment