Sejak kecil,AKu di besarkan di dalm suasana kampung.Dan kami berkawan tanpa mengenal ras dan agama.
Cuma AKu agak "terpinggir " kerana berbadan gemuk .AKu juga sering bermain-main bersama anak-anak Melayu di kampung.Apabila senja mereka akan pulang mengerjakan solat Mahgrib .
Hmmm...kenapa AKu tak perlu solat? Apa itu solat?
Di waktu petang pada hari tertentu mereka akan mengaji dan muqaddam.Kadang-kala AKu akan di benarkan masuk oleh guru mereka rumah.AKu juga di ajar mengenal kalimah-kalimah yang pada waktu itu AKu tidak mengerti.
Cuma AKu akan rasa bangga kerana dapat mengecam kalimah "ALLAH" dan "MUHAMMAD".
Hanya itu yang AKu boleh ingat...Maklum waktu itu
AKu belum masuk alam sekolah rendah lagi.
Mungkin itu adalah pertama kali AKu di dedahkan dengan ajaran Islam
0 comments:
Post a Comment